



Hanover, Jerman-Gambaryang anda lihat ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika usianya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce. Janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?
Janin ini dibenarkan bersama ayah dan ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkanya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ''Kimberly you can do it baby''
Harapan cuma 1:1000, doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan tabah.
Selepas 6 bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitu besar kuasa Allah bukan?

Tidak ada komentar:
Posting Komentar